Assalamualaikuuuuuuuuumm! ♥

+Follow Me | Dashboard
My photography Blog

Kem Kepimpinan Pengawas & PRS.
Saturday, April 13, 2013 | 1:39 AM | 0 comments
Assalamualaikum.
Camping was AWESOOOOMEE.
Seriously wuuut wuuutt.
10/04/2013 Khamis.
Bukit Jugra, Banting.

Pepagi gerak pukul 8 lebih sikit. Dalam bas lagi dah amik light breakfast pi makan biskut Nexus. Hihihi sempat sengih sikit. 


Oh taraaaa, excited face.jpg! Hahahahaha. Gila ko tak excited. Siap ada yg bawak bantal beso, beg roda beso, haa seghonok :p

Ok then sampai sana lebih kurang pukul 9 pagi. Disambut dgn senyuman kakak-kakak facy yg manih-manih belako :)
Letak beg dkt pondok dulu then terus pi dewan. Ada taklimat dari abang facy and pembahagian kumpulan. First rasa mcm erhhhhh tak best nya kumpulan aku ni! Group A, tapi takleh buat apa so terus  keluar pi makan breakfast.
Ok lepas makan breakfast tu, cikgu nk asingkan pengawas dgn prs, so ya ya ya cha cha cha memang best leww! So automatic kitorang group prs jadi group B and we started first!
Masa pembetulkan-pembahagian group group tu je dah mengaum masa.

So kitorang start Flying fox dalam pukul 11 pagi.
Aku terpesona dan terpegun dan terspeechless dgn kacantikan tasik tu.
Ok teruskan...
Taklimat diberi oleh abang Wan yg banyak menipu. Hahahahahahaha. Sumpah. Kaw kaw punya semua kena tipu dgn dia. Ada eskalator lah, pintu siap ada button hijau merah lah, haktuih kitorang still kena panjat! Hahahahaha. 
At first aku tak takut, tak cuak, excited diaaaaaa punya habis gila boom kebabommmm sampai langsung tak nervous bro! 
Tengok lah ni, pakai safety suit dia pun boleh nampak excitednya :p
Tapi bila dah sampai atas tu haaa, *ekhem* apa ingat aku tak gayat ke der? Hahahaha tapi boleh selamba dek je dok bantai borak, bebel, siap mengutuk abang wan lagi sbb dia tipu semua orang hahahaha
And disebabkan saya ni membebel dkt atas tu, dia duduk mencangkung atas kerusi tu sambil mencari mangsa dia and tetiba dia point dkt aku and dia cakap "KAU." Hahahahahaha.

Gila kelakar. Lepas dia dah betulkan semua tu, aku yg berada di atas kerusi tu pun dgn perasaan cuak tapi excited tu baca bismillah and lepas dapat arahan dr abang wan utk lapor, aku pun jerit dari atas, "TUAN!"

Me: "Lepastu?" *bisik* Abang wan: Saya. Me: "SAYA!" Abang wan: Minat. Me: *krik krik krik* (dalam hati dah dapat rasakan yg dia nk kenakan aku, nk revenged ah tu!) "MINAT!" (jerit terpaksa) Abang wan: Tuan. *gelak* Me: *sigh* "TUAN!"

K seronok kau eh hahahaha then dia suruh lepaskan kaki, and aku mcm takut-takut jelah, terus aku cakap "ingat saya tak takut ke? saya pun takut jugak lah hahaha" and dia gelak lepastu paksa aku turunkan kaki and dia tolak and aku pun "WOAAAAHHHHHH! GILA BAPAK BESTTT!!!" Menjerit di udara :p
K k k k k. Best! Sampai bawah tu aku tanya abang tu, "sekali lagi boleh tak?" respond dia hahahaha sakit hati je "hamboi duduk sini lah terus mcmtu" hahaahahaha fine abe fine!
K lepastu kitorang kena tunggu group by group yg lain pulak. Masa kitorang main ni, group A (pengawas) tengah pasang khemah. Shiannn.. :p
Ok then kitorang ada main water confident (water crossing). Pakai life jacket, terapung atas air, ikut tali sepanjang tu. Kelakar gak first tu, rasa cam kekok nk baring atas air mcm wahhhh heaven nya. Siap kena depa kan tangan tau ewah mmg heaven cenggitu :p
Hahahaha tapi disebabkan saya mendapat sokongan padu daripada ustaz saya iaitu ustaz Abu Hanifah, saya amat yakin utk bermain game ini hahahahahaha *k diam*
lepas dah berjaya tu, apa lagiii, perut dah main gendang mintak makanan.
So kitorang kena tunggu arahan abe and dia bagi makan.
Lepas makan kitorang sempat mandi sbb nk zohor. K lepastu petang kitorang group B pulak dalam dewan ada indoor activity
and pengawas start flying fox.
Time dalam dewan dia bahagi group main games semua then baru dia ajak keluar nk pasang khemah.

Lepas semua settle, kitorang dipanggil utk berkumpul. Ada panaskan badan and tetiba... Ada pulak aktiviti yg mengejutkan. Hahahahaha kitorang KENA ya KENA baring mcm meniarap atas jalan tar bila dia suruh and KENA ye KENA pantas kalau tak ulang byk kali and too bad, banyak kali kitorang kena meniarap. Ada pulak tgh berlari pun TERPAKSA stop and kena meniarap peh peh peh sakitnya woi hahahahaha

Ni ni ni ni ni yang worst part ni! KENA GULING GULING ATAS TAR!!!!! Wooooooooo kwaja. Hahahahahahahahahaha gila sakit, tangan sakit, ada yg luka hahahaha ok lepas diseksa sebegitu, kitorang jalan terus ke belakang and chakkkkkkk (there's something....)

Aktiviti seterusnya, overcoming obstacle. K k k k k k.
First kena panjat tembok tinggi tu. Kesian orang orang yg kena angkatkan tu, nasib baik alhamdulillah den ni ringan orangnya :p Segan nk panjat sbb si abe pendek tu pi duduk tercongok atas tu haahahaha tapi sempat amik gambar! Thanks to puan zainah xx
See? HIHIHIIHI. Best!
K lepastu kitorang kena merangkak and disimbah lumpur and abe tu suka gila kotorkan kitorang dgn lumpur hahahahahaha
k tak byk kitorang buat disebabkan keadaan cuaca and that time dah nk maghrib :(
So kitorang byk menghabiskan masa sbb ada yg luka teruk, mcm mcm lahh. Lepastu balik mandi solat....
Lepas solat kumpul dalam dewan and dia bagi makan. Waktu tu hujan so ingatkan no night walk...
Time makan, ada certain yg dah makan tak tunggu semua orang.
First time takpelah, tp lepastu dah diingatkan oleh kakak facy but still ada yg makan.
And abang facy pun datang dgn muka garangnya and habis booooommmm dia mengamuk and dalam keadaan tgh hujan tu dia kata "MAKAN LAH KORANG, MAKAN! MALAMNI TETAP ADA NIGHT WALK!" Mmg habis bertekad ah dia time tu. Cuak oh.
Ok so lepas makan kumpul balik dlm dewan. Dalam pukul 10 lebih cmtu kitorang kena beratur nk ready buat night walk.
Mcm biasa taklimat panjang leborrrr disampaikan oleh abang wan. Mcm mcm lah dia takutkan, dia merepek apa semua.
Saya Fatin Maisarah, seorang yg penakut lagi lemah semangat. Saya excited tapi sejujurnya saya sangat takut.
Sumpah weh, takut sangat! Jantung laju jeeeeeee. 

Destinasi kitorang ni sebenarnya utk ke rumah api atas bukit, so perjalanan hampir sejam. What the lah weyyyyyy........ TAHU TAK JAUH GILA KITORANG BERJALAN!!! Dah lah time tu dah pukul 11.30 malam!!!! Dah jalan atas jalan flat, kena pulak naik bukit yg tinggi bapak tu hahahahaha gila weh gila penat, lenguh, penat, penat, letih dan penat. Aku berjala dgn amira tapi amira tak larat.
Tahu tak. Time atas bukit tu, aku mmg takut sangat. Kanan ada istana lama, kiri berdereeeettt kubur cina. Bukan sikit bro, atas bawah peh bersepah, besar gila k kubur cina dia. Cuak aku ya Allah!
Walaupun penat, tapi teruskan jugak and at last sampai jugak destinasi kitorang
Ingatkan dia tak jadi nk buat planning diorang yg nk tinggalkan orang sesorang dkt kubur tau.
So dgn enjoy dan sangat bahagia berada di atas puncak dgn sejuk berkabus, angin wuuuuuuuu dingin, rasa nyaman je duk lepak atas. Lama jugak lah kitorang dkt atas tu.

Ok. Then cerita dia mcmni. Time nk balik tu, ingatkan teruslah turunnnnnn kan. Tetiba ada sampai satu simpang ni, supposed kitorang turun kiri tapi abang facy bawak kitorang naik kanan. And aku dapat rasakan time tu "something wrong ni brooo... Confirm ada planning ni."
And taraaaaaaa.....BETUL. Kitorang dibawa ke hujungggggg kubur cina tu and dia bagi duduk lama gila sampai tertidur. Time tu pukul 1 lebih nk pukul 2 pagi dah.
Tetiba abang tu kata...... dia nak tinggalkan kitorang one by one and semua mcm "NOOOOOO!!!!"
Abang tu pun entah kenapa kelakar nk mati dia kata disebabkan ada sorang tu birthday sama dgn dia, so dia bagi lepaskan group by group TANPA TORCHLIGHT! 
K takde motif bawak torchlight -.- So group aku group ketiga utk turun. Aku first tu cuak tapi tak banyak, so jalan selamba je sambil pegang tangan dgn khairin.
K tetiba sampai satu selekoh, aku dikejutkan oleh tiga abang facy niiiii!!!! Sumpah seram, aku menggigil, menjerit and terjatuh tersungkur sekali dgn semua, and at that time, tangan kaki aku terus menggigil and masa nk teruskan perjalanan, aku terus peluk puteri and jalan belakang dia. Nasib baik lepastu takde dah kejutan!
Fiuhhhh -___- 

Habis semua tu kitorang dah kumpul ramai ramai, semua balik. Sampai khemah tengok khemah basah. K mmg tidur dewan ber-aircond lah nampaknya :p So dah tukar baju semua terus masuk dewan. Pukul 3 pagi k time tu, tigaaaa paagiiii and mata dah layu gila badan dah lemah gila TAPI aku & ainur tak dapat tidur. Aku sebab lapar and terasa nk makan chipsmore and ainur cam tak selesa sgt. Tapi lepastu aku tidur jugak :p

Besoknya, bangun pukul 5.50 pagi kot cmtu ah mandi semayang subuh. Pagi pagi dah kumpul dewan and breakfast. Lepastu kitorang terima arahan 'Balik khemah, kemas khemah, bag letak luar, bawak kain utk tutup mata.' And everyone was like "Oh no apa lagi nii..."
So semua pun ikut jelah kan and rupanya ada game. Pukul 10 pagi. Game yg memerlukan teamwork. Memang susah, terjerit-jerit, terlanggar orang, terjatuh dan tertipu hahahaha best tapi penat lahh. Lepastu dah habis masuk dewan ada taklimat byebye utk facy and kami sbb lepastu aktiviti kitorang pulak.
So lepas dah habis ucapan semua bagai, sesi fotografi :p






Lepastu solat zohor. Hah lepak dlm surau masa nk tunggu ustaz abu tu kemain lama lagi. Masing masing penat kan, so ada yg baring lah, camwhoring, itulah inilah mcm mcm ahhh 

Hewhew. Then lepastu pengawas ada buat game, senang cakap 'Water Balloon War' lebih kurang. Best lah bantai orang dgn belon kan? Hahahaha and itu je. Lepastu dah basah semua rehat tunggu bas and dalam 4 petang bas sampai.

So that's it. Menyeronokkan. Memenatkan. Walaupun ada konflik sewaktu kem, tapi tak apalah, asalkan kami happy and puas hati. So hey, panjang lebar aku describe hahaahaha best k best :)