Umrah (Part II)
Monday, March 25, 2013 | 12:34 PM | 0 comments
(Cerita diteruskan...)
Dekat sana, dugaan macam-macam. Awal-awal lagi selipar aku dah hilang. Hahaha selipar RM7.90 beli dkt 99speedmart. Tapi maybe pink sangat kot, tu yang hilang tu. Hahaha. And then bibir kering peh kering kering kering. Pedih oh. Nak makan takleh. Nak senyum gelak ketawa takleh. Hahaha.
Hotel kitorang dapat mcm hmm teruk jugak. Lif gegar gegar. Hahaha. Kecik. Tapi semua tu tak jadi masalah bila kita dah ikhlas dtg sana. Sbb walaupun mcmtu, warga hotel dkt situ best, makanan dia sedap. Haaa. Eventhough jalan nk dekat setengah jam dari hotel ke masjid, tapi bila dah sampai masjid tu rasa seronok tau.
Bila nk balik kan, lepas buat tawaf wida', aku rasa sayu gila. Sedih sangat. Aku duduk belakang bersandarkan dinding and aku pandang kaabah. Nak nangis waktu tu, tapi lalat buat spoil -.- sedih sangat nk tinggalkan Mekah tu. Macam-macam aku doa utk life aku, happiness aku.
Bas datang supposed pukul 11 am waktu sana tapi delay lagi, so its like nk dekat pukul 1 baru bas sampai. Masa naik bas rasa sedih je. Sedih sangat nk tinggalkan kota Mekah tu. Tapi takleh nk buat apa, nak extend hari memerlukan duit yg byk :p hahaha.
So dalam bas nk ke Madinah tu ada dalam 7 jam kott. Tak selesa sebenarnya. Nk tidur pun tak selesa. Tu baru aku. Abang yg sit belakang aku pun for sure lah tk selesa jugak. Tapi semua hadapi dgn tenang je.
Bila sampai Madinah, aku speechless. SubhanaAllah, cantiknya tempat ni. Cantiknya Madinah. Cantiknya. Cantiknya!
Kitorang sampai situ dalam pukul 8 pm waktu situ. Masuk hotel, makan dulu. Kitorang tak dapat kunci. Family aku last person yg dapat kunci bilik. Ingatkan apalah kan. So aku pun doa byk byk so that dipermudahkan semuanya and Alhamdulillah, eventhough last person yg dpt bilik, tp bilik kitorang special. 3 orang tapi 4 katil hehehe :p
Semua benda ada hikmah. Disebabkan kitorang tk merungut masa dpt hotel mcm serba tak betul di Mekah, tu yang kitorang dapat hotel yg sangat sangat selesa di Madinah.
Jarak di antara hotel dgn Masjid Nabawi tak jauh mana, 8 minit perjalanan. Kitorang ni mcm bak kata pepatah "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian". So semua orang sangat bersyukur.
Kitorang subuh di Madinah. Pagi di Madinah sangat awesome. Angin yg sejuk mengalahkan London (mcm lah aku pernah pergi) hahaha. Masjid yang lawa. Permandangan yg indah. Alhamdulillah. Sempat masuk Raudhah (Taman Syurga) and doa macam-macam, tapi tak dapat nk solat. Orang terrrlalu ramai. Tapi alhamdulillah dapat masuk pun cukup bagus :)
Kitorang di Madinah tak lama mcm kitorang di Mekah. Mekah 7 hari. Madinah 3 hari. Lagi 2 hari tu nk balik dah :(
First aku rasa 12 hari tu lama, tapi aku salah. Punya lah cepat masa berjalan :(
Pejam celik pejam celik, dah nak balik. Shopping utk orang di Malaysia pun tak habis lagi. So cepat-cepat aku membeli-belah, tawar-menawar apa semua. And bila tiba masa nk balik, aku rasa sedih lagi sekali seperti mana aku sedih nk tinggalkan Mekah.
Kalini bukan setakat sedih nk tinggalkan kota Madinah ni je, ni sedih nk tinggalkan jemaah yg sesama pergi ni. Ustaz Walid yg sangat baik. Makcik kuat yg baik. Makcik dua orang putih yg baik. Pakcik Fauzi yg sporting. Kimie kawan baru yg baik. Kakak and adik anak hajah yg baik & tak sombong. And yang baik-baik dgn aku dkt situ. Sedih tau.
Apapun, pengalaman umrah ni takkan dapat dilupakan. Hope umrahku diterima oleh Allah swt. Sangat sangat berharap dapat menjejakkan kaki ke situ lagi berkali-kali. Ya Allah, rindunya :(