Assalamualaikuuuuuuuuumm! ♥

+Follow Me | Dashboard
My photography Blog

Umrah (Part I)
Monday, March 25, 2013 | 11:36 AM | 0 comments

Assalamualaikum wbt :)

10/3/2013. Bangun awal pagi, lebih kurang 4 am. Siap siap untuk bertolak ke airport. Flight delay, supposed pukul 10 am tapi jadi 11.50 am.


So kitorang ni terus pergi Mekah and buat umrah. Kiranya yang lelaki dah kena ready pakai ihram semua.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 9 jam dari sini ke airport Jeddah. So 9 jam dalam flight memang mati kutu. Tidur, makan, tengok tv, amik gambar, tidur, pergi toilet and blablabla.

Kitorang sampai dkt airport Jeddah dalam pukul 4.30 petang waktu sana (9 malam waktu sini). Kitorang solat apa semua. Lepastu gerak naik bas nak pi Mekah pukul 5 lebih. Time otw ke Mekah tu, aku dok usha lah permandangan dkt situ.

Okay lebih kurang sejam setengah perjalanan, akhirnya kitorang sampai Mekah. Dah gelap dah waktu tu. Maghrib pun dah lepas. Hotel kitorang jauh dari Masjidil Haram. Hotel Luluat Al Dar. Kitorang tunggu itu ini itu ini, sempat makan pulak, lepastu bila dapat bilik, rehat sekejap. Dalam pukul 10 pm waktu sana, kitorang gerak jalan kaki ke masjid nk buat umrah wajib :)

First time buat kan. So aku rasa tawaf tu best sangat. Sebab aku dok pandang sekeliling. Cantik, subhanallah :) Tak ramai orang time tu, so seronok jugak. Tak sampai sejam buat tawaf, lepastu pergi sa'ei. K. Saya sangat tidak sangka yang Bukit Safa ke Bukit Marwah jaraknya jauh. Lenguh kaki. Penat. Ada stop stop jugak sebab penat kan, so minum air zam zam lah penawarnya. Then tahalul (cukur). And tamatlah segala pantang-larang. Hahaha. Habis umrah dalam pukul 2 pagi waktu sana. Penat, letih tapi seronok :D

Lepastu hari hari seterusnya kitorang ada aktiviti bebas. Kitorang pergi shopping, pergi usha kawasan dkt situ, jalan-jalan main dgn burung merpati :D

Dekat situ, ice cream dia lain macam rasanya, lebih sedap dari Malaysia punya ice cream hahaha 3 riyal :p Kebab dipanggil syawarma dkt situ. Masa first time nk beli kebab, aku takut sangat sbb ada perempuan berpurdah mintak sedekah. Tp cara dia mintak macam nk curi duit je. Tapi alhamdulillah takde jadi apa.

Ok. Masjidil Haram besar, memang besar, memang cantik! Bila cium lantai dkt tempat tawaf, ya Allah aku rasa sayang sangat, taknak balik Malaysia! Aku suka tengok kaabah. Tengok kaabah pun dapat pahala tau :) Aku perhatikan itu ini. Aku cari Hajar Aswad, wahh ramai berebut. Teringin jugak nk sentuh dinding kaabah, tapi kena tolak tu pehhhhh superb teruk weh! Hahaha disebabkan aku ni kecik, so tak apalah, tak berkemampuan nk rempuh orang. 

(to be continued...)